Tuesday, February 28, 2012

Kamus ( 28/2 )

PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA EJAAN DAN SEBUTANNYA.

Perkataan : mampan
Maksud : mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik
ayat contoh : megara kita dapat mengelakkan kesan kemelesetan ekonomi dunia kerana pertumbuhan ekonomi negara yang mampan

Perkatan : mantan
Maksud : seorang yang dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu , tetapi sekarang tidak lagi , bekas
Ayat contoh : Tun Mahathir ialah mantan perdana menteri negara kita.

Perkataan : mempan
Maksud : dapat dilukai oleh senjata atau lut atau boleh terbakar oleh api.
Ayat contoh : tubuh Pak Ali tidak mempan walaupun ditembak berkali-kali oleh penjenayah tersebut.

Perkatan : mapan
Maksud 1 : tidakberubah-ubah dan sudah diterima umum, mantap
Ayat contoh 1 : Bahasa Melayu yang telah mapan mampu menjadi satu daripada bahasa utama di dunia.

Maksud 2 : sudah kukuh , stabil atau teguh kedudukannya atau sudah dikenali ramai
Ayat contoh 2 : Abdulla termasuk antara penulis yang sudah mapan di negara kita.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Indahnya Bahasa ( 28/2 )

1.kau digunakan hanya di awal kata
   ayat contoh: - buku itu kaubaca
                      - engkau telah membaca buku itu.

2. ku pula boleh digunakan di awal dan akhir kata
   ayat contoh :
     - segala masalah akan kuselesaikan
     - terimalah pemberian daripada ayahku ini.
     - aku akan melawat ke Jepun

3. mu digunakan di akhir kata sahaja
   ayat contoh :
     - saya akan meminta sahabatmu supaya menunggu saya di sini
     - terimalah doa daripada hamba-Mu yang kerdil ini.

4. -nya digunakan pada akhir kata sahaja
   ayat contoh :
     - dia memberitahunya tentang perkara itu
     - kita hendaklah berdoa kepada-Nya untuk memohon perlindungan
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Kenali Bahasa ( 28/2 )

Kata Majmuk

1.jangka tumpat : hidrometer,alat untuk menyukat ketumpatan sesuatu cecair
   ayat contoh: Encik Muhammad Shafik menggunakan jangka tumpat untuk menyukat ketumpatan raksa di kilang jangka suhu itu.

2.jangka tekanan gas: manometer,alat untuk menyukat tekanan gas dan wap
   ayat contoh: Norshamsul Azlan dikatakan sebagai seorang pegawai paling pantas menggunakan jangka tekanan gas di jabatannya.

3.jangka tekanan:barometer,alat untuk menyukat tekanan udara
   ayat contoh: Cikgu Salina mengarahkan para pelajarnya untuk menandakan jawapan yang betul bagi gambar rajah jangka tekanan atau dipanggil juga sebagai barometer.

4.jangka suhu: termometer, alat untuk menyukat tinggi rendah suhu pada sesuatu ketika.
   ayat contoh: Dr. Nur Hayani memasukkan jangka suhu di bawah lidah untuk menyukat suhu badan Muhammad Faris yang dikatakan telah diserang demam panas sejak kelmarin.

5.jangka sudut : protaktor, alat untuk melukis sudut
   ayat contoh: Adik Nur Dini menggunakan jangka sudut untuk melukis sudut 95 darjah sebagaimana diarahkan oleh Cikgu Nur Danun Ain bagi kerja rumah matematiknya.

6.jangka lembap: higrometer , alat untuk menyukat banyak atau sedikit wap air dalam udara
   ayat contoh: Cik Farah Ilyani mengarahkan seorang pegawai khas menyukat tahap kelembapan bilik khas itu menggunakan jangka lembap agar eksperimen yang dilakukan terhadap kuih-kuih tradisionalnya mendapat keputusan yang tepat.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Tuesday, February 21, 2012

KAMUS ( 21 / 2 )

KAMUS

PERKATAAN : Sidang
Makna 1 : persidangan atau perjumpaan untuk membincangkan sesuatu , mesyuarat
Ayat Contoh : Dewan Rakyat telah menanggung sidangnya sehingga hari esok

Makna 2 : seluruh yang ada ( dalam sesuatu majlis ) atau para
Ayat Contoh : Penceramah itu mengucapkan terima kasih kepada sidang pendengar kerana sudi mengikuti ceramahnya hingga akhir.

Makna 3 : ketua kampung
Ayat Contoh : Beliau telah memegang jawatan sebagai sidang di kampung ini sejak 20 tahun yang lalu.

Frasa : sidang kemuncak
Maksud : Sidang yang diadakan pada peringkat tertinggi yang dihadiri oleh ketua - ketua negara
Ayat Contoh : Sidang kemuncak negara - negara ASEAN akan diadakan di Kuala Lumpur pada Disember ini

Frasa : sidang jemaah
Maksud : sekalian yang berjemaah
Ayat Contoh : Imam pada hari itu mengingatkan sidang jemaah supaya tidak berkata - kata ketika beliau sedang membaca khutbah

Frasa : Sidang pleno
Maksud : sidang lengkap daripada seluruh ahli
Ayat Contoh : Sidang pleno itu telah mengambil ketetapan supaya penggunaan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik hendaklah dikembalikan

Frasa : sidang akhbar
Maksud : penerangan atau penjelasan yang diberikan oleh seseorang kepada pemberita akhbar
Ayat Contoh : Beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan pendirian beliau tentang isu tersebut
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

KENALI BAHASA ( 21 / 2 )

KENALI BAHASA

KATA PINJAMAN BAHASA INDONESIA ( JAWA KUNO )


  1 ) PINGKAL
maksud : terpingkal - pingkal , tertawa , terkekeh - kekeh
ayat contoh : Sarjan Jamaliah terpingkal - pingkal menekan perut apabila pencuri yang dkejar tiba - tiba menyanyi lagu Isabella kerana nama manjanya juga Isabella

  2 ) JUNGAT
maksud : menjungat , terjongket pada bahagian hadapan atau belakang
ayat contoh : Adik Nur Aniza galak bertepuk tangan apabila Pak Jalil berjaya membuat motosikal scrambler yang ditunggangnya menjungat ke depan

  3 ) JURIK
maksud : hantu
ayat contoh : Seisi Balai Polis Sg. Besar tidak menyangka yang Inspektor Salasiah @ Sally sebenarnya lebih takut akan jurik daripada penyamun

  4 ) JOBLOS
maksud : jeblos , kejoblos , terperosok
ayat contoh : Semasa menuju ke bazar Ramadan Taman Equine , kaki Cikgu Aishah telah terjoblos ke dalam longkang

  5 ) JURIT
maksud : perang
ayat contoh : Para pelajar SMK Seri Indah memang telah maklum yang Cikgu Juriza sebenarnya suka mengumpul artikel berkaitan jurit semenjak dia menjadi penyelaras pusat sumber.

  6 ) JENGGUT
maksud : janggut
ayat contoh : Jenggut Shahrul Iqlab yang panjang lebih sejengkal telah hangus apabila dicucuh api cucunya , Naqiuddin
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

SURAT KHABAR ( MINDA )

ISU BAHASA SEMASA

- 'HIDUP' DAN 'KEHIDUPAN'

 ~ HIDUP
Maksud 1 : bernyawa dan bernafas,tumbuh dan berfungsi
Ayat Contoh : > Kedua-dua ibu bapanya masih hidup
> Pokok padinya hidup subur

Maksud 2 : tinggal di sesuatu tempat atau kediaman
Ayat Contoh : > hidup di kota besar tidak selamanya lebih mudah daripada hidup di kampung.

Maksud 3 : berada dalam keadaan tertentu
Ayat Contoh : > orang yang tidak berilmu , hidupnya seumpama berjalan pada waktu malam yang gelap - gelita

Maksud 4 : bergerak dan berjalan
Ayat Contoh : > enjin keretanya masih hidup> syarikat kerjasama itu masih hidup
> api itu masih hidup

Maksud 5 : mendapat rezeki dengan cara tertentu
Ayat Contoh : > kebanyakan orang Melayu hidup dengan bersawah padi

~ HIDUP - HIDUP
Maksud : benar - benar hidup
Ayat Contoh : > kalau tidak pernah melihat penyu hidup - hidup , barangkali kita pernah melihat gambarnya
                       
~MENGHIDUPKAN
Maksud : membuat sesuatu supaya hidup
Ayat Contoh : > dia menghidupkan enjin keretanya
> apabila berasa sejuk , dia pun menghidupkan api untuk memanaskan badan

~KEHIDUPAN
Maksud : keadaan atau hal hidup
Ayat Contoh : > kehidupan keluarganya sangatlah susah kerana ayahnya tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Sunday, February 19, 2012

ExAm?????

assalamualaikum korang sume!exam?yess!da nak dkat exam laa..xthu ke?alaaaahaiii~meh nak gtaw nii..bdk2 PANGLIMA exam x lme lgy..rsenye 5/3 kott..y tuu..form 1,2,3 laa..form 4,5,6 awl ckit..29/2..klau dngr pktaan EXAM..x sah kan klau x dngr pktaan STUDY?hahaa..da klau x study..nak score cane exam nnt kan3?hmm..korangg..USAHA TANGGA KEJAYAAN okeyhh?soo..jom KITA same2 USAHA!
tu je laa post ntuk ary niii..








_syasya97vanila_

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Karangan C : Kenali, bentuk anak serba cemerlang

Sejauh manakah ibu bapa mengenali anak-anak? Apakah memadai sekadar tahu apa kesukaannya, makanan kegemarannya, hobi, jadual atau rutin hariannya dan sikapnya? Andai itulah yang diketahui, hakikatnya, ilmu keibubapaan anda masih cetek.


          Terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan dihayati bagi memastikan anda bergelar ibu bapa terbilang. Namun, perkara asas yang harus diketahui adalah cara mngendalikan anak.


          Malah, jika kerenah anak-anak tidak diraikan secara positif ada kemungkinan gelagat dan watak yang terbentuk berada dalam acuan negatif.Sekali asas negatif itu terbentuk, amat payah untuk meleraikannya semula.


          Justeru, usaha mengenali dan membentuk diri anak haruslah bermula seawal mungkin. Berikut tahap mengenali anak serta menyerlahkan sikap ibu bapa idola yang harus dititikberatkan setiap pasangan suami isteri :




  • Dalam kandungan
Ketika dalam kandungan, bapa perlu pastikan isterinya mendapat makanan dari sumber halal. Sensitif juga kerenah isteri kerana binaan rasa percaya yang tinggi amat memberi makna yang cukup unik bagi yang hamil dan bayi dikandung.




  • Menjelang mumayyiz
Ibu adalah guru pertama si kecil. Bersama ibu anak merasa selamat, belajar meniarap, bertatih, bercakap, mengenal, dan membeza sesuatu dengan pedoman ibunya.




  • Pada tahap akil baligh
Ibu bapa perlu dekati anak, fahami kerenahnya mereka. Harus diingati setiap anak berbeza, justeru, pendekatan mengenali mereka juga tidak sama.






  • Komunikasi
Ibu bapa boleh menjadi pendengar yang baik dan sentiasa merangsang supaya anak-anak berjaya dan cemerlang dalam diri dan cita-cita hari depannya. Dekati mereka dengan komunikasi berkesan.




  • Kasih sayang dan belas kasihan
Ibu bapa harus menjadi sumber rujukan anak-anak. Sejak lahir, merangkak, bertatih hinggalah berjalan ibu bapalah sumber kekuatan anak-anak. Ibu bapa yang memiliki rasa kasih sayang yang tinggi akan sentiasa menganggap bahawa anak-anak ibarat mutiara yang amat bernilai. Ia digilap dengan kasih sayang, pekerti dan perangai sehingga terbina jati diri yang membanggakan keluarga. Anak-anak menjadi orang yang patuh dan taat malah kalau bertanya dan meminta sesuatu pun dengan adab yag baik. Ibu bapa juga harus ada rasa belas kasihan terhadap anak-anak. Bayangkan kalau anak-anak itu terbiar, masa berkualiti tidak diberikan kepadanya, contoh teladan tidak ada di rumah, pengaruh sekitar akan lebih membentuk watak dan kerenah anak-anak.




  • Jadi sumber contoh dan teladan kepada anak-anak
Pepatah menyebut Bapa borek anak rintik,Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Contoh teladan ini sangat penting dalam proses pembentukan watak anak-anak kerana anak-anak tidak tiba-tiba membesar tanpa titik mula. Mereka juga tidak mungkin lahir cemerlang tanpa rangsangan dan dukungan orang tuanya.




  • Mendekati anak bermasalah
Sejak dari awal lagi proses mngenal pasti kerenah anak-anak perlu dilakukan oleh ibu bapa.Ia perlu dipantau sedari awal lagi. Apabila wujud keganjilan kepada tingkah laku anak-anak, segera kenal pasti punca bagi mencari jalan mengatasi. Menangani anak bermasalah tidaklah mudah. Temui kaunselor dapatkan khidmat nasihat sekiranya anda tidak berupaya menyelesaikan masalah anak itu.




  • Mendekati yang berpotensi
Setiap ibu bapa harus yakin bahawa setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai potensi. Ibu bapa harus kreatif mengenal pasti potensi ini. Sediakan suasana kondusif supaya potensi itu berkembang. Minat dan bakat ini yang tidak menyebelahi syarak patut disuburkan.Anak-anak akan menjadi orang yang paling berbahagia dalam hidup ini sekiranya kedua ibu bapa meraikan bakat dan minat mereka supaya anak-anak bakal dewasa dengan bakat yang Allah SWT anugerahkan.


*p/s : klau ade ejaan2 yg slah, ckp tau...@ pon korang btol kn sndri...
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

homework BM~!!

Hye korang!homework BM byk taw..so..pndai2 la wat yee~


KENALI BAHASA


Bahasa Sukuan
1.Jaat(Sunda):Sejenis kacang panjang.
->Nor Afiqah sungguh gembira kerana jaat yang ditanam dan dijual oleh abangnya di pasar tani Serdang begitu laris.
2.Cecak(Minangkabau):mencecak,mencubit,mencuri,mencopet.
->"Orang yang mencecak dompet Puan Faiznura telah dapat ditangkap sebentar tadi",kata Inspektor Norain kepada suami Puan Faiznura yang datang ke balai.
3.Jabal(Jawa kuno):menjabal,merebut milik orang,menyaman.
->"Pada zaman dahulu,orang yang menjabal biasanya dikatakan menggunakan ilmu pukau",kata Cikgu Nurul Ain memulakan ceritanya.
4.Laju(Pahang):Berselera makan,lalu.
->"Wah,laju nampak makan berlauk ikan patin masak asam pedas?"usik Puan Khairunnisa kepada anaknya yang baru pulang dari luar negara.
5.Lakah(Terengganu):Terbuka,terdedah.
->"Oleh sebab pintu rumah ini lakah sahaja semasa dia pergi ke kedai,tidak hairanlah kalau barang-barang berharga saya hilang semuanya",luah Nur Yusrah kepada sahabatnya,Siti Hasmah yang tidak puas hati dengan kelalaian orang gajinya.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA MAKNA


Perkataan    : terhampar


Maksud 1    ; terbentang, terbuka luas
Ayat contoh ; Tanah seberang itu pasirnya terlalu putih seperti kain terhampar.

Maksud 2    ; bertaburan atau bertebaran atau merata
Ayat contoh ; Darah pun banyak terhampar di bumi.

Perkataan    : terlantar
Maksud 1    ; terletak di
Ayat contoh ; Berbulan-bulan lamanya dia terlantar di hospital.

Maksud 2    ; dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara,terabai,terbiar
Ayat contoh ; Anak yang dikasihinya itu begitu terlantar dan terbiar di tengah-tengah masyarakat.

Perkataan    : terdampar
Maksud       ; tercampak atau terkandas ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas.
Ayat contoh ; Naratologi dimulakan dengan berita pertemuan mayat lelaki raksasa yang terdampar di pantai.

Perkataan    : terhantar
Maksud 1    ; terlantar di tanah atau tergeletak
Ayat contoh ; Badannya terhantar di Langkawi, ditanamkan orang di sana.

Maksud 2    ; tidak terpelihara,tidak terbela,terbiar,atau terlantar
Ayat contoh ; Rumah pemeliharaan orang yang terhantar.

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

homework homework homework..

hye korang y sudi snggah kat blog 2 bestary..cuti,cuti jgak kan?tpi budak2 klas 2 bestari dah dbkalkan homework kan??msti ade dah y terrrhilangKAN soalan y ckgu Arbaayah bgi kan..?ni ade soalan2 krngan tu..jngan lupe bwat ok!


KARANGAN B..


1-Huraikan pendapat anda tentang usaha mewujudkan kawasan perumahan yang aman dan tenteram..
                #menjalankan rondaan..
                #bergotong-royong..
                #semangat kejiranan..
                #bekerjasama dengan polis..


2-Huraikan pendapat anda tentang ciri2 murid cemerlang..
                #akademik..
                #kepimpinan
                #kecergasan
                #berdisiplin..


3-Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional dipelihara dalam kalangan remaja.
                #menambah kenalan baharu dan hubungan rapat sesama rakan..
                #menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti luar..
                #memajukan industri pelancongan
                #khazanah warisan bangsa..


KARANGAN C..


1-Hujan lebat yang turun selama beberapa hari menyebabkan kawasan perumahan di tempat tinggal anda telah dilanda banjir...Orang ramai diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir..


Perihalkan suasana di pusat pemindahan itu..


2-Anda diminta menulis sebuah rencana untuk majalah sekolah..tajuk rencana itu ialah "kemerosotan akhlak para pelajar disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri"..


Tulis rencana itu selengkapnya..


3-        Jalan-jalan di pasir salak,
                 Singgah membeli di pekan Dua,
           Remaja yang mulia akhlak,
                  Hormati mereka berusia tua.


Berdasarkan pantun di atas,berikan pendapat anda tentang cara2 mendidik remaja menghormati orang tua..


4-Sahabat pena anda akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini..Dia meminta nasihat anda mengenai teknik belajar yang berkesan..


Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda itu berhubung dengan perkara tersebut..


5-        Dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung..


Berdasarkan peribahasa di atas,bincangkan bagaimanakah kesetiaan kepada bangsa dan negara dapat dipupuk?


6-Anda telah menyertai pasukan unit berunifom sekolah berkhemah di hutan lipur.


Ceritakan suasana dan pengalaman yang anda peroleh..


7-Majlis rumah terbuka sentiasa diadakan setiap kali perayaan kaum di Malaysia..


Nyatakan beberapa kepentingan mengadakan rumah terbuka itu..


8-Kedatangan pendatang asing ke negara ini banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat..


Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas..


9-Rakan karib anda telah menulis surat kepada anda untuk meminta pandangan anda tentang sikap remaja di negara ini yang tidak gemar membaca..


Balas surat rakan anda itu..


10-Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga..


Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut..


11-Anda mempunyai kenalan di luar negara...Anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada kenalan anda menceritakan perayaan-perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia..


Tulis surat tersebut selengkapnya..


12-Masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sering diperkatakan umum pada masa ini..


Bincangkan peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini..


13-Dewasa ini,pencemaran alam sekitar di negara kita amat membimbangkan..


huraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut..


14-Sekolah anda telah mengadakan kejohanan sukan tahunan..
Gambarkan suasana sepanjang kejohanan tersebut..


15-Peribahasa "belakang parang diasah lagikan tajam" membawa maksud walau betapa bodoh seseorang itu itu klau diajar berulang kali akan menjadi pandai juga..


Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ini..






->krngan A tu..post laen kali la..sbb ptikan pnjang sngat..
->karangan B tu wat sume..*3 je*..
->krngan C tu..plih 5 drpada 15 je..klau korang nak wat y krngan C tu..korang cmpur2 la jnis krngan tu..
->jngan lupe wat erk..taon dpan da nak PMR..so knelah usaha lbih kan?






-by syazana_vaniLLa-
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Wednesday, February 15, 2012

kamus~

KAMUS(Perkataan yang hampir sama makna)


Terhampar:
Maksud 1 :Terbentang,terbuka luas.
->Tanah seberang itu pasirnya terlalu putih seperti kain terhampar.
Maksud 2 :Bertaburan atau bertebaran atau merata
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!