Sunday, February 19, 2012

Karangan C : Kenali, bentuk anak serba cemerlang

Sejauh manakah ibu bapa mengenali anak-anak? Apakah memadai sekadar tahu apa kesukaannya, makanan kegemarannya, hobi, jadual atau rutin hariannya dan sikapnya? Andai itulah yang diketahui, hakikatnya, ilmu keibubapaan anda masih cetek.


          Terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan dihayati bagi memastikan anda bergelar ibu bapa terbilang. Namun, perkara asas yang harus diketahui adalah cara mngendalikan anak.


          Malah, jika kerenah anak-anak tidak diraikan secara positif ada kemungkinan gelagat dan watak yang terbentuk berada dalam acuan negatif.Sekali asas negatif itu terbentuk, amat payah untuk meleraikannya semula.


          Justeru, usaha mengenali dan membentuk diri anak haruslah bermula seawal mungkin. Berikut tahap mengenali anak serta menyerlahkan sikap ibu bapa idola yang harus dititikberatkan setiap pasangan suami isteri :




  • Dalam kandungan
Ketika dalam kandungan, bapa perlu pastikan isterinya mendapat makanan dari sumber halal. Sensitif juga kerenah isteri kerana binaan rasa percaya yang tinggi amat memberi makna yang cukup unik bagi yang hamil dan bayi dikandung.




  • Menjelang mumayyiz
Ibu adalah guru pertama si kecil. Bersama ibu anak merasa selamat, belajar meniarap, bertatih, bercakap, mengenal, dan membeza sesuatu dengan pedoman ibunya.




  • Pada tahap akil baligh
Ibu bapa perlu dekati anak, fahami kerenahnya mereka. Harus diingati setiap anak berbeza, justeru, pendekatan mengenali mereka juga tidak sama.






  • Komunikasi
Ibu bapa boleh menjadi pendengar yang baik dan sentiasa merangsang supaya anak-anak berjaya dan cemerlang dalam diri dan cita-cita hari depannya. Dekati mereka dengan komunikasi berkesan.




  • Kasih sayang dan belas kasihan
Ibu bapa harus menjadi sumber rujukan anak-anak. Sejak lahir, merangkak, bertatih hinggalah berjalan ibu bapalah sumber kekuatan anak-anak. Ibu bapa yang memiliki rasa kasih sayang yang tinggi akan sentiasa menganggap bahawa anak-anak ibarat mutiara yang amat bernilai. Ia digilap dengan kasih sayang, pekerti dan perangai sehingga terbina jati diri yang membanggakan keluarga. Anak-anak menjadi orang yang patuh dan taat malah kalau bertanya dan meminta sesuatu pun dengan adab yag baik. Ibu bapa juga harus ada rasa belas kasihan terhadap anak-anak. Bayangkan kalau anak-anak itu terbiar, masa berkualiti tidak diberikan kepadanya, contoh teladan tidak ada di rumah, pengaruh sekitar akan lebih membentuk watak dan kerenah anak-anak.




  • Jadi sumber contoh dan teladan kepada anak-anak
Pepatah menyebut Bapa borek anak rintik,Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Contoh teladan ini sangat penting dalam proses pembentukan watak anak-anak kerana anak-anak tidak tiba-tiba membesar tanpa titik mula. Mereka juga tidak mungkin lahir cemerlang tanpa rangsangan dan dukungan orang tuanya.




  • Mendekati anak bermasalah
Sejak dari awal lagi proses mngenal pasti kerenah anak-anak perlu dilakukan oleh ibu bapa.Ia perlu dipantau sedari awal lagi. Apabila wujud keganjilan kepada tingkah laku anak-anak, segera kenal pasti punca bagi mencari jalan mengatasi. Menangani anak bermasalah tidaklah mudah. Temui kaunselor dapatkan khidmat nasihat sekiranya anda tidak berupaya menyelesaikan masalah anak itu.




  • Mendekati yang berpotensi
Setiap ibu bapa harus yakin bahawa setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai potensi. Ibu bapa harus kreatif mengenal pasti potensi ini. Sediakan suasana kondusif supaya potensi itu berkembang. Minat dan bakat ini yang tidak menyebelahi syarak patut disuburkan.Anak-anak akan menjadi orang yang paling berbahagia dalam hidup ini sekiranya kedua ibu bapa meraikan bakat dan minat mereka supaya anak-anak bakal dewasa dengan bakat yang Allah SWT anugerahkan.


*p/s : klau ade ejaan2 yg slah, ckp tau...@ pon korang btol kn sndri...
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

No comments:

Post a Comment