Tuesday, November 27, 2012

tamat persekolahan utk 2012

skarang da bulan 11...maksdnye da cuti skola...so,budak2 3 best obviously da becuti kan??taun ni maybe taun last budk2 3 best besame...nnti mesti ade yg pindah...especially budk2 yg cerdik,mesti la diorg msuk sekolah asrama kan??well...harp2 korang sentiase ingt budk2 3 best ye~klu bole jgn luppe contact each other klu da pindah~haha
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Wednesday, April 25, 2012

Kamus (3/4)

Perkataan "ketat"
Maksud 1 : tidak longgar,kuat atau erat melekat yang menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan.Jika berkaitan dengan pakaian, bermaksud sendat atau sempit
Ayat contoh : - Dia menutup botol yang mengandungi asid tersebut hingga ketat dengan menggunakan penutup gabus.
- Mereka menyelar gadis-gadis tempatan yang suka berpakaian ketat.

Maksud 2 : keras dan tidak ada tolak ansur atau tentang eraturan, perintah dan sebagainya.
Ayat contoh : - Undang-undang dan peraturan sekolah yang sangat ketat itu bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan pelajar.
- Mereka yang menentang pelaksanaan hukum itu ialah musuh ketat kami.

Maksud 3 : teliti dan rapi.Perkara yang berkaitan dengan kawalan, pengawasan, dan sebagainya.
Ayat contoh : - Tempat berlakunya pembunuhan itu dikawal ketat siang dan malam oleh pihak polis.
- Pintu masuk di setiap stadium itu dikawal ketat intuk menghalang penonton membawa barang yang berbahaya.

Maksud 4  : penuh dengan pelbagai aktiviti, kerja dan sebagainya sehingga tiada masa lapang yang terluang.
Ayat contoh : - Saya tidak mempunyai masa untuk membeli-belah kerana jadual kursus saya terlalu ketat.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Monday, April 23, 2012

Kamus 11/4

Perkataan yang hampir sama maknanya


Perkataan : disemadikan
Maksud : dikebumikan atau dikuburkan
Ayat contoh : Jenazahnya telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam di situ.

Perkataan : dikebumikan
Maksud : dikuburkan, disemadikan
Ayat contoh : Beliau sedang membaca talkin kepada jenazah yang baru sahaja dikebumikan.

Perkataan : dimakamkan
Maksud : dikuburkan bagi orang istana
Ayat contoh : Jenazah sultan negeri itu akan dimakamkan pada tengah hari esok.

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Kenali Bahasa 11/4

Kata Polisemi : sakat


Maksud :


1. sejenis tumbuhan(pokok menumpang), dedalu, bendalu, pasilan


Ayat : "Sifat pokok sakat janganlah ditiru kerana itulah sifat orang yang mementingkan diri sendiri, macam pokok dedalu dengan pokok pisang," kata Cikgu Zahritil kepada Farina.


2. mengusik supaya jadi takut, menangis, menyakat


Ayat : "Jangan sakat anak Mak Cik Pui Leng yang comel tu, Imran, nanti dia menangis," ujar Puan Nur Haziqah berkali-kali.


3. meletakkan di tanah(perahu, dll), mendamparkan


Ayat : "Sakat sampan yang dah siap dicat itu di pantai sana sementara menunggu air pasang," suruh Pak Anas kepada anak buahnya.


4. batas, had(Kelantan, Terengganu)


Ayat : "Kalau hendak bergurau biarlah ada sakat, jangan sampai ada yang menangis," nasihat Tuan Haji Khairul kepada Faris, Iman dan Kimi.


5. kaum kerabat, suku-sakat


Ayat : Sempena majlis berkhatan anak bongsunya, Pprof. Ahmat Rifqi telah mengundang semua sakat yang jauh, termasuk dari Brunei dan Singapura.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Sunday, April 15, 2012

Kenali Bahasa (3/4)

Kata pinjaman bahasa arab

1. tamam : sempurna, selesai, tamat
   *'jikalau enam kali saya datang mencerap awak,bermakna tamam sudah latihan mengajar awak dan saya yakin awak boleh dapat A" kata Dr.Siti Hajar kepada Shafidah
2. khatib : pembaca khutbah
   * Khatib yang membaca khutbah Jumaat pada minggu epas membawa tajuk "Nabi Muhammad Idola Sepanjang Zaman".
3. ilham : sesuatu yang menggerakkan hati untuk menimbulkan daya cipta sessuatu
   * Dr. Shamsudin Othman dikatakan akan mendapat ilham untuk mengaraang puisi pada waktu dinihari.
4. tamakhinah : tetap akan kekal (pendirian dll)
   * Tuan Imam Shaufarddy selalu menekankan kepada anak muridnya agar mereka sentiasa tamakhinah dalam menjaga iman dan takwa.
5. kalimatusyahadat : dua kalimah syahadat, kalimah
   * Sungguhpun tidak bersuara tetapi berdasarkan gerak bibirnya, pemandu lori yang tersept dalam kemalangan ngeri itu sempat mengucap kalimatusyahadat.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Saturday, April 14, 2012

Karangan Bahasa Arab(Malay) Maksudnye pulakk~

Guru Yang Disayangi

Saya mempunyai guru namanya Zaimoh. Saya suka/sayangnya banyak2/sangat2. Beliau mengajar dan mengajar Bahasa Arab di sekolah saya. Beliau guru yang cantik dan cergas dan mengagumkan/membanggakan dan cemerlang dan berjaya. Beliau membantu dan membantu pelajar2 dan pelajar2 dalam pelajaran dengan bersungguh-sungguh dan bersungguh-sungguh. Kebiasaannya pelajar2nya berjaya dalam peperiksaan. Di sekolah saya, beliau menghormati kawan2nya dan beliau menyukai/menyayangi pelajar2nya dan beliau bercakap bersama orang ramai dengan gembiran dan senyuman. Saya ingin menjadi sepertinya pada masa hadapan.

$Fuhhh, penatnyee~

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Karangan Bahasa Arab(Rumi) #cara sebutannyaaa~

Al-Mu'allimah Al-Mahbuubah

Li Mu'allimah ismuha Zaimoh. Uhibbuha kathiiroh. Tudarrisu wa-tu'allimu Allughoh Al-'Arobiah fi madrasati. Hiya al-mu'allimah jamilah wa-nasyitoh wa-bahiroh wa-mutafawwaqoh wa-mujtahidah. Tu'awinu wa-tusa'idu at-tolabah wat-talamiz fi ad-dars bil-jiddi wal-ijtihad. 'Adatan tolabataha najahu fi al-imtihan. Fi madrasati, hiya tahtarimmu asdiqo-iha wa-tuhibbu tolabataha wa-tatakallamu ma'a al-akhorin bis-surur wal-ibtisam. Uriidu an akunu mithluha fi al-qodim.

$Lebih kurang gitu ar sebutan die, hehe

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Karangan Bahasa Arab(Arabic)

 لي معلمة اسمها زائيموه. احبها كثيرة. تدرس وتعلم اللغة العربية
   في مدرستي. هي المعلمة جميلة ونشيطة وباهرة ومتفوقة

 .ومجتهدة. تعاون وتساعد الطلبة والتلاميذ في الدرس بالجد والاجتهاد 
عادة طلبتها نجحوا في الامتحان. في مدرستي, هي تحترم اصدقائها

 وتهب طلبتها وتتكلم مع الاخرين بالسرور والابتسام. اريد ان اكون

 .مثلها في القادم

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Wednesday, April 11, 2012

Kuasai Makna Apitan me-....-kan, me-....-i 3/4

SORRY LATE! XP 


Perkataan : melibatkan


Maksud : menyebabkan sesuatu atau seseorang terlibat(terbabit) atau memasukkan sesuatu atau seseorang ke dalam sesuatu perkara atau membabitkan.
Ayat contoh : 
Saya telah melibatkan diri dalam kegiatan itu sejak lima tahun yang lalu


Perkataan : melibati


Maksud : memasuki sesuatu kegiatan atau menyertai
Ayat contoh :
Saya telah melibati kegiatan itu sejak lima tahun yang lalu


Perkataan : menjauhkan


Maksud: 1. menjadikan jauh atau menjarakkan
              2. menghindarkan diri daripada sesuatu atau   
                  mengelakkan
Ayat contoh :
Kita hendaklah menjauhkan diri daripada gejala penagihan dadah.


Perkataan : menjauhi


Maksud 1 : membebaskan diri atau seseorang atau binatang daripada tahanan atau kurungan atau ikatan
Ayat contoh :
Penjenayah itu berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis.


Maksud 2 : menghilangkan penat lelah, rindu, dendam dan lain-lain.
Ayat contoh : Mak Cik Minah memeluk dan mencium anaknya untuk melepaskan rindunya.


Maksud 3 : mengizinkan seseorang pergi atau berangkat atau membenarkan
Ayat contoh : Beliau terpaksa melepaskan anaknya merantau ke luar negara untuk mencari ilmu.


Maksud 4 : mengeluarkan atau melahirkan perasaan marah.
Ayat contoh : Mereka melepaskan kemarahan terhadap pihak yang menggunakan bahasa rojak.


Maksud 5 : menceraikan atau menyingkirkan seseorang
Ayat contoh : Dia telah melepaskan isterinya yang tidak setia itu walaupun baru sebulan berkahwin.


Perkataan : melepasi


Maksud 1 : menebus atau menunaikan niat atau janji atau membayar hutang
Ayat contoh : Kakak telah dapat melepasi beban hutangnya selepas membuat bayaran sekali gus.


Maksud 2 : lepas dari pada sesuatu seperti palang, pagar, kepungan dan sebagainya.
Ayat contoh : Penjenayah itu berjaya melepasi kepungan pihak polis.


Perkataan : menghindarkan


Maksud : menolak sesuatu jauh-jauh; atau menjauhkan, menyingkirkan, mengetepikan, atau mengesampingkan.
Ayat contoh : Kita hendaklah menghindarkan diri daripada perbuatan yang melanggar peraturan agama. 


Perkataan : menghindari


Maksud : menjauhkan diri daripada, mengelak supaya tidak kena atau tidak ditimpa sesuatu seperti bahaya, kecelakaan, dan sebagainya.
Ayat contoh : Kita hendaklah menghindari perbuatan yang melanggar peraturan agama.


Perkataan : menghindarkan


Maksud 1 : membuat supaya hadir atau ada di sesuatu tempat
Ayat contoh : Ketua rombongan hendaklah menghadirkan semua ahli rombongan pada waktu yang ditetapkan.


Maksud 2 : menghadirkan diri bermaksud datang menunjukkan diri
Ayat contoh : Saya akan menghadirkan diri dalam majlis itu nanti


Maksud 3 : menghimpunkan,mengadakan, menyediakan
Ayat contoh : Maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat menghadirkan kelengkapan perang.


Perkataan : menghadiri

Maksud : datang dan turut serta dalam mesyuarat atau persidangan atau mengunjungi majlis atau mengikuti atau menyertai.

Ayat contoh : Lebih seratus orang pakar bahasa dalam bidang masing-masing telah menghadiri majlis muzakarah bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.


Perkataan : menceburkan


Maksud : memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan
Ayat contoh : Beliau akan menceburkan diri dalam bidang perguruan.


Perkataan : menceburi


Maksud : memasuki serta giat dalam sesuatu bidang kegiatan, melibatkan diri dalam, atau melibati.
Ayat contoh : Kebanyakan mereka akan menceburi bidang perniagaan selepas tamat kursus.


<NOT SORRY FOR LONG POST, hehe>
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Friday, April 6, 2012

Latihan Pengukuhan (3/4)

LATIHAN PENGUKUHAN ( 3/4 )

1) Negeri Terengganu merupakan antara penghasil kain tenun songket yang ________ baik di negara ini.
  - C. paling

2) Pemandangan di Pantai Port Dickson amat ________ pada waktu senja.
  - B. sangat hebat

3) Pembaca berita itu bukan sahaja ___________ malah peramah orangnya.
  - C. sangat kacak

4) Pegawai yang _______ bertugas ke daerah itu merupakan bekas guru di sekolah kami.
  - A. akan

5) Zurina _______ suka melihat koleksi pakaian baju kurung di kedai yang berhampiran tempat kerjanya.
  - A. memang

6) Pemain penyerang pasukan Keddah itu akan(A) mengalami kecederaan serius dalam(B) perlawanan akhir yang sungguh(C) hebat malam ini. Tiada kesalahan(D)
  - A

7) Pak Sudin sedang(A) mengetam papan yang baru(B) dibeli dari Kedai Papan di pekan pada(C) petang tadi. Tiada kesalahan.(D)
  - D

8) Kanak-kanak digalakkan makan sayur-sayuran dan(A) buah-buahan kerana telah(B) membantu(C) penghadaman mereka. Tiada kesalahan.(D)
  - B

9) Dompet ibu yang tercicir itu telah(A) ditemukan oleh pemandu teksi itu ketika(B) dia sedang(C) membersihkan teksinya. Tiada kesalahan.(D)
  - D

10) Hanya(A) segelintir wanita patut(B) yang berani menceburi bidang pekerjaan lasak di(C) negara kita. Tiada kesalahan.(D)
  - B

11) i. Penglihatan datuk Sani masih jelas walaupun umurnya telah menjangkau lapan puluh tahun.
ii. Ayah masih duduk di tepi pantai ketika saya ingin menjemputnya untuk makan tengah hari.
iii. Pakcik masih perlu menjelaskan hutang duitnya dengan Susila apabila dia mendapat gaji pada hujung bulan ini.
iv. Zainuddin masih berasa lega selepas meluahkan perasaannya kepada Farah tentang masalah yang dihadapinya.
- A. i dan ii

12) i. Awan mendung berarak yang menandakan hujan akan turun
ii. Rashdan akan mencari calon isteri yang berwajah nusantara.
iii. Beberapa pasukan kadet sekolah sedang mengikuti perkhemahan
iv. Gula kasar yang cukup dikisar oleh kakak itu hancur sehalus tepung.
- C i,ii, dan iii


thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Saturday, March 31, 2012

Perkataan 'Banyak' dan 'Ramai' (27/3)

PERKATAAN 'BANYAK' DAN 'RAMAI'

- Perkataan 'ramai' lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan suasana.
- Perkataan 'banyak' memerlukan kita ingin mengetahui jumlahnya.
  Ayat Contoh :
     > Banyak penyokong Kelantan yang akan menyaksikan perlawanan pada malam ini.

- Maksud yang baku bagi perkataan 'banyak' ialah jum;ah yang merujuk bilangan yang melebihi satu atau seorang.
  Ayat Contoh :
     > Banyak murid yang ponteng sekolah pada hari ini.
     > Saya telah meyemak banyak buku latihan murid pada hari ini.
     > Murid itu membeli pelbagai barang kerana banyak duit.

- Maksud yang baku bagi perkataan 'ramai' pula ialah jumlah yang melebihi seorang berdasarkan suasana.
   Ayat Contoh :
      > Ramai penonton yang memenuhi stadium ketika Selangor menentang pasukan Kelantan pada malam tadi.
      > Pada pagi itu, ramai orang yang bersesak-sesak di stesen komuter itu untuk pergi ke tempat kerja
      > Semasa perhimpunan itu, ramai orang yang bertempiaran lari apabila pihak polis menyemburkan gas pemedih mata.

- 'Banyak' dan 'Kebanyakan'
   Ayat Contoh :
      > Kebanyakan murid yang ponteng sekolah pada hari ini daripada kelas tingkatan 5
      > Banyak kasut diletakkan di halaman rumah.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Thursday, March 29, 2012

KAMUS - 27/3/2012

Perkataan : meloloskan


Maksud : 1. melucutkan atau menanggalkan sesuatu dari tempatnya.
2. melepaskan atau membebaskan diri daripada kurungan atau tangkapan.

Ayat contoh :
- Penjenayah tersebut telah berjaya meloloskan diri daripada kepungan pihak polis.
- Banduan itu telah dapat meloloskan dirinya daripada penjara.




Perkataan : meluluskan


Maksud 1 : membiarkan lalu, memasukkan.
Ayat contoh :
Kakak tidak dapat meluluskan benang ke lubang jarum itu.


Maksud 2 : melucutkan ( gelang, cincin, dll )
Ayat contoh :
Adik telah dapat meluluskan cincin daripada jari manisnya.


Maksud 3 : memperkenankan permintaan atau permohonan, menyetujui atau mengabulkan
Ayat contoh :
Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut telah meluluskan permohonan kami dalam mesyuaratnya semalam.


Maksud 4 : menyebabkan atau menjadikan lulus dalam peperiksaan
Ayat contoh :
Abang amat gembira kerana dapat meluluskan diri dalam ujian memandu semalam.


Maksud 5 : melepaskan diri, membebaskan diri, melarikan diri
Ayat contoh :
Murid-murid yang ponteng sekolah itu dapat meluluskan diri daripada kepungan guru disiplin sekolah itu.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Tuesday, March 27, 2012

KENALI BAHASA - 27/3/2012

Hiponim(Pala)

Maksud :

a. Sejenis tumbuhan, Myristica fragrens (pokok buah pala)

b. Sepala, sepala-pala, pala-pala

c. Kalau hendak (terpaksa)

d. Kalau hendak (terlanjur)

e. Kalau benar-benar


Ayat-ayat contoh :

- Nur Haziqah lebih suka makan buah pala yang sudah dijeruk berbanding dengan buah yang sudah dikeringkan dan dibubuh gula.

- "Jangan alang-alang kalau nak ambil bola spin tu, kalau kita hendak menang sebab sepala-pala mandi, biar basah," ujar Tuan Haji Khawarizmi kepada Nur Arisa.

- "Sepala-pala mengulangkaji pada saat akhir, kita perlu bijak membahagikan masa," jelas Encik Azmi kepada Shazriq yang bertanyakan soalan semasa sesi ceramah itu.

- "Pala-pala membeli rumah, biarlah pilih rumah banglo untuk keselesaan semua," bisik Puan Shazwani kepada suaminya, Muhammad Afif.

- "Pala berhajat hendak ke Mekah, kumpullah duit dari sekarang," nasihat Tuan Haji Nasir kepada anak-anak saudaranya yang masih bersekolah rendah.

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Sunday, March 25, 2012

KAMUS 21 Mac 2012

Perkataan : berdarmawisata
Maksud : 1. melawat sambil belajar beramai-ramai
2. berkelah, bertemasya
Ayat contoh : Saya akan membawa murid-murid untuk berdarmawisata ke Pantai Tanjung Bidara pada hari Ahad ini.

Perkataan : fatamorgana
Maksud : sesuatu yang bersifat khayalan
Ayat contoh : Cita-cita anda bagaikan fatamorgana jika anda tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapainya.

Perkataan : terkesima
Maksud : tercengang, termangu-mangu, hilang akal
Ayat contoh : Penonton - penonton pada malam itu terkesima apabila menyaksikan persembahan Kumpulan Search yang sangat hebat.

Perkataan : fenomena

Maksud : sesuatu kenyataan atau kejadian dan sebagainya yang dapat dikesan oleh pancaindera dan dapat pula dijelaskan secara ilmiah
Ayat contoh : Globalisasi ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat.

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Kenali Bahasa 21 Mac 2012

KENALI BAHASA

Kata Polisemi

Kala
Maksud :

1. masa, waktu ketika
2. sejenis binatang kecil yang mempunyai empat      
    pasang kaki dan sengat pada ekornya   
3. (sastera lama) sejenis sutera
4. (bahasa arkaik) jerat
5. kala hajat, buang air besar

Ayat-ayat contoh


~ "Dahulu kala, kepahlawanan Hang Tuah lima bersaudara sememangnya terkenal di seluruh Nusantara," cerita nenek Farina kepada cucunya.

~ Nur Izzati menangis teresak-esak kerana menahan kesakitan akibat disengat kala

~ Sutera kala merupakan salah satu barangan berharga untuk dipersembahkan kepada baginda Sultan Muzaffar Syah sempena Hari Keputeraan baginda.

~ Kaki kiri kancil yang terkena kala yang dipasang oleh pemburu tersebut mulai membengkak.

~ Penduduk di kawasan pedalaman akan melakukan kala hajat di sungai sahaja.


thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Thursday, March 15, 2012

contoh karangan B 6/3/2012

Berdasarkan rajah di bawah,huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
-Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit.
-Masa tidur yang cukup.
-Mengambil makanan seimbang.
-Mengelakkan diri daripada tekanan/stress.

PANDUAN.
                    Calon diminta menulis sebuah karangan berdasarkan bahan ransangan dengan memberikan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.Oleh itu,calon disarankan menggunakan keempat-empat isi yang diberikan.Calon diminta menghuraikan keempat-empat isi dan menulis dalam enam perenggan dengan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan.

PERENGGAN CADANGAN.

a)Pemerenggan pendahuluan:(10-12 patah perkataan).
                   -Masyarakat Malaysia digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kuanliti penjagaan kesihatan yang seimbang.

b)Pemerenggan isi:

Isi 1:Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit(25 Patah perkataan)
                   -Apabila rakyat Malaysia melakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya sepuluh minit sehari secara tidak lansung badan akan menjadi sihat dan otak menjadi cerdas.
Isi 2:Masa tidur yang mencukupi(25 patah perkataan)
                  -Selain bersenam,rakyat Malaysia dinasihatkan menjaga kualiti masa tidur.Orang dewasa disarankan mempunyai masa tidur lima hingga enam jam sehari.Tidur membakar metabolisme dalam tubuh badan.
Isi 3:Mengambil makanan seimbang(25 patah perkataan)
                  -Oleh itu,kita juga digalakkan memakan makanan seimbang untuk mencegah penyakit jantung dan kencing manis.Selain itu,kolestrol dalam darah akan berkurangan.
Isi 4:Mengelakkan diri daripada tekanan/stress(25 patah perkataan)
                  -Akhir sekali,amalam gaya hidup sihat boleh mengelakkan diri daripada mengalami tekanan atau stress.Hal ini dapat membantu rakyat Malaysia hidup dalam keadaan gembira.

c)Pemerenggan penutup(10-12 patah perkataan)
                   -Kesimpulannya,'Otak Yang Cerdas Lahir Daripada Badan Yang Sihat' bermula daripada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

JAWAPAN LENGKAP CADANGAN.

                     Masyarakat Malaysia digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kuanliti penjagaan kesihatan yang seimbang.
                      Apabila rakyat Malaysia melakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya sepuluh minit sehari secara tidak lansung badan akan menjadi sihat dan otak menjadi cerdas.
                      Selain bersenam,rakyat Malaysia dinasihatkan menjaga kualiti masa tidur.Orang dewasa disarankan mempunyai masa tidur lima hingga enam jam sehari.Tidur membakar metabolisme dalam tubuh badan.
                       Oleh itu,kita juga digalakkan memakan makanan seimbang untuk mencegah penyakit jantung dan kencing manis.Selain itu,kolestrol dalam darah akan berkurangan.
                       Akhir sekali,amalam gaya hidup sihat boleh mengelakkan diri daripada mengalami tekanan atau stress.Hal ini dapat membantu rakyat Malaysia hidup dalam keadaan gembira.
                       Kesimpulannya,'Otak Yang Cerdas Lahir Daripada Badan Yang Sihat' bermula daripada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Wednesday, March 14, 2012

Latihan pengukuhan 6/3/2012

A)Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1-Pakar motivasi itu memberitahu murid-murid yang ingin memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran,mereka harus kerap _________ buku.
#D-Berdampingan.
2-Pertarungan Jebat dengan Tuah berakhir apabila Tuah ______ keris Taming sarinya ke dada Jebat.
#A-Menusukkan.
3-Helikopter yang mengalami kerosakan enjin itu telah _______ di kawasan padi.
#D-Terhempas.
4-Apabila adik kami yang berusia dua bulan itu menangis,ibu akan ________nya sehingga dia ketawa.
#B-Mengagah-agah.

B)Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan,kesalahan itu telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

5-Sambil berceloteh,chef Razak menunjukkan cara mengadun adunan kek coklat dengan teknik yang betul kepada penonton.Tiada kesalahan.
#D-Tiada kesalahan.
6-Sultan Husien menghadiahkan anakandanya seutas rantai bertatahkan berlian bersempena hari keputeraan anakandanya itu.Tiada kesalahan.
#C-bersempena.
7-Pemuda yang berbaju melayu dan berdampingan soket yang bersulamkan dengan benang emas itu ialah abang saya.Tiada kesalahan.


C)Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

8-i~Mariam mencongak untuk menyaksikan pertunjukan bunga api pada malam sambutan kemerdekaan negara.
ii~Guru itu sedang mengajar kanak-kanak itu menyelesaikan masalah matematik dengan mencongak sahaja.
iii~Apabilamelihat Zulfadhli gembira,kakak dapat mencongak bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam PMRnya.
iv~Dato` Murad mencongak kisah perjuangannya menentang tentera Jepun pada zaman Jepun menjelajah Tanah Melayu.
#A-i,ii,iii.

9-i~Batu kecil di depan rumah itu beransur sedikit setelah dilanggar oleh ayah.
ii~Beberapa buah motosikal polis yang dipandu secara beransur sedang memasuki pekarangan Istana Negara.
iii~Ibu beransur pulih setelah seminggu dirawat di hospital kerana menjalani pembedahan jantung.
iv~Keluarga Pak Mansur beransur dari rumah jiran mereka apabila hari petang.
#B-iii,iv.

10-i~Bunyi mercun yang berdentum-dentum pada malam Tahun Baru Cina telah menghebahkan suasana di kawasan perumahan itu.
ii~Kanak-kanak istimewa itu akan menghebahkan barang-barang di sekelilingnya sekiranya dia marah.
iii~Ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak itu tidak suka menghebahkan penyakit yang dideritainya kepada orang lain.
iv~Tindakan Jabatan Keselamatan Jalan Raya menghebahkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di mediaa elektronik bertujuan untuk meningkatkan tahaap kesedaran orang ramai.
#B-iii,iv
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Kenali Bahasa 6/3/2012

Bahasa Istana


1-Murka-Marah atau meradang
*Raja akan murka sekiranya rakyat melanggar perintahnya.

2-Derhaka-Tidak taat kepada ibu bapa,raja,negara dan Tuhan.
*Rakyat yang derhaka dan menjadi pembelot negara akan diluctkan taraf kerakyatan.

3-Darjat-Tingkatan atau taraf kedudukan dalam masyarakat.
*sikap tolong-menolong sesama manusia tidak mengira pangkat atau darjat seseorang.

4-Gering-Tidak sihat;sakit;uzur.
*Baginda selalu sahaja gering akhir-akhir ini.

5-Santap-Makan atau minum.
*Baginda sedang santap bersama rakyat jelata di balai rong.

6-Tulah-Kemalangan yang berlaku pada diri seseorang kerana melanggar larangan atau melakukan perbuatan yang kurang baik terhadap orang tua,orang suci dan sebagainya.
*Dia ditimpa tulah kerana menderhaka kepada raja.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

kamus 6/3/2012

KAMUS.

PERKATAAN:Bersaing.

maksud 1-Berlumba-lumba hendak melebihi orang lain atau atas-mengatasi.
ayat contoh-Kedua-dua pasukan itu sentiasa bersaing untuk menduduki tangga pertama takhta liga.

maksud 2-Bergerak ke arah sama;berjalan bergerak sama-sama.
ayat contoh-Pemuda itu mengajak kami bersaing pergi ke majlis itu.

maksud 3-Tidak berjauhan letaknya;berdampingan.
ayat contoh:Ketika menonton tadi,dia duduk bersaing dengan saya.

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Monday, March 12, 2012

Karangan C (28/2)

KARANGAN C (28/2)
TAJUK : IBU BAPA, GURU PERLU SEIRING TINGKAT PRESTASI ANAK

     Guru dan ibu bapa adalah aset penting bagi menjayakan misi sesebuah sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diwujudkan agar kedua-dua pihak dapat berganding bahu untuk meningkatkan kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.
     Dewasa ini, kita sering dikhabarkan dengan budaya segelintir ibu bapa yang suka menunjukkan keegoan mereka dengan menyerang guru di sekolah dengan sewenang-wenangnya.
     Di manakah silapnya? Adakah guru diletakkan tanggungjawab sepenuhhnya untuk mendidik anak mereka sedangkan ibu bapa juga perlu memikul tugas dann amanah untuk memastikan anak mereka berjaya menjadi insan sempurna dari segi sahsiah dan akademik mereka.
     Tidak dinafikan ada ramai ibu bapaa begitu prihatin dan sudi menghulurkan bantuan kepada guru dengan bergiat secara aktif dalam penyertaan mereka di sekolah melalui program yang diadakan demi memastikan anak mereka dapat belajar dalam keadaan kondusif.
     Apa yang mengecewakan apabila ada sesetengah ibu bapa suka menghentam pihak sekolah apabila berlaku sedikit salah faham membabitkan anak mereka.
     Apakah adil guru yang memberikan ilmu kepada anak mereka yang diserang  sebegitu rupa dengan kata-kata biadab dan tidak berbudi bahasa? Di manakah budi bahasa yang pernah mereka praktikkan selama ini?
     Apakah kerana amarah mereka menyebabkan mereka lupa untuk duduk dan berbincang dengan cara baik untuk mencari jalan penyelesaian? Dengan angkuh dan sombong ibu bapa terbabit menggunakan pengaruh mereka untuk menyaman guru dan mengugut untuk mengambil tindakan lebih lanjut sedangkan guru berkenaan sekadar mahu membantu anaknya agar tidak terrus hilang minat untuk belajar.
      Paling menyedihkan ibu bapa sedemikian terdiri daripada golongan profesional yang satu ketika dulu mereka juga diajar oleh insan yang bergelar guru. Apakah selepas mempunyai kerjaya begitu hebat maka ibu bapa terbabit boleh melemparkan kata-kata kesat kepada insan yang memberikan ilmu kepada anak mereka?
     Sedarlah bahawa tanpa guru anda tidak mungkin menjadi seorang insan yang berjaya. Sewajarnya ibu bapa dan guru lebih bekerjasama dalam erti kata lain, lebih erat dan membantu pihak sekolah untuk sama-sama meningkatkan prestasi anak mereka.
     Bukan hanya tahu mencari kesalahan dan menuding jari terhadap guru dan pihak sekolah atas kesalah yang tidak sebesar mana.Kami guru mempunyai visi dan misi yang jelas untuk melahirkan anak pelapis negara dan sudah pastinya tanggungjawab itu akan digalas selagi hayat dikandung badan.
     Bukan hanya sekadar omongan kosong malah guru memikul amannah berat untuk mendidik anak bangsa. Maka sudah semestinya untuk melahirkan generasi yang berjaya, peranan ibu bapa dan guru perlu  diperkukuhkan agar seiring dan tidak diganggu gugat oleh hal remeh-temeh yang mengganggu kelancaran sekolah.
     Jika ibu bapa lebih bersikap terbuka maka sudah pastinya individu yang akan lahir daripada didikan guru yang sempurna akan menjadi modal insan berguna untuk agama, bangsa dan negara.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Latihan(28/2)

LATIHAN(28/2) - tatabahasa 2

1. Walaupun terpaksa mengharungi anak sungai, akhirnya pasukan pengakap itu berjaya tiba di kem itu dengan selamat.
2. Datuk Nizaman bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menaiki kapal terbang ke Singapura.
3. Sawah yang terbentang luas di kawasan MADA telah menggamit pelancong asing untuk melancong ke negeri Kedah
4. Kakitangan awam disarankan supaya membudayakan(A) etika kerja yang baik semasa menjalani(B) tugas agar mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan(C) dari masa ke masa. Tiada kesalahan.(D)
= B. menjalani
5. Keadaan Fathin kelihatan tidak terurus(A) dan rambutnya tidak tersisir(B) setelah seminggu tersesat(C) di dalam hutan. Tiada kesalahan.(D)
= D. Tiada kesalahan
6. Anak-anak(A) Pak Salam selalu menjengah(B) datuk mereka yang telah uzur(C) di Kampung Temiang. Tiada kesalahan.(D)
= B. menjengah
7. Program Latihan Khidmat Negara dijalankan(A) bagi melatihkan(B) remaja agar cinta akan(C) negara. Tiada kesalahan.(D)
= B. melatihkan
8. Tok Wan selalu berpesan(A)  kepada kami agar(B) sentiasa berpegangkan(C) pada ajaran agama. Tiada kesalahan.(D)
= C. berpegangkan
9. i. Kami bercadang untuk melewati datuk dan nenek di kampung pada masa cuti sekolah nanti
ii. Bas yyang kami naiki melewati beberapa buah kampung sebelum sampai ke Medan
iii. Jemaah haji yang melewati usia tujuh puluhan dinasihati agat menjalani pemeriksaan kesihatan sebbelum menunaikan haji
iv. Azizah melewati bab-bab lain novel itu kerana dia tidak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya.
= D. ii, iii, dan iv
10. i. Tukang besi itu menempa keris yang ditempah khas oleh raja itu.
ii. Menjelang hari raya, emak menempa dua pasang baju kurung dari kedai jahit itu.
iii. Datuk Muzaffar telah menempa sejarah sebagai rakyat Malaysia yang pertama yang berjaya membawa misi negara ke angkasa lepas.
iv. Cara menunggang basikal yang ditunjukkan oleh mat rempit di negara ini seolah-olah sengaja menempa maut.
= B. i dan ii
11. i. Kereta berhias yang menyertai perbarisan bersempena dengan Hari Kemerdekaan berarak dari pusat bandar ke stadium negeri.
ii. Kenangan manis semasa kecil berarak datang dalam fikiran Sarah ketika dia terlihat gambarnya ketika berusia tujuh tahun
iii. Kakak tergesa-gesa mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung berarak yang menandakan hhujan akan turun
iv. Ahli kadet bomba berarak semasa ketua balai melakukan pemeriksaan barisan pada hari kokurikulum sekolah.
= C. i, ii, dan iii
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Tuesday, February 28, 2012

Kamus ( 28/2 )

PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA EJAAN DAN SEBUTANNYA.

Perkataan : mampan
Maksud : mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik
ayat contoh : megara kita dapat mengelakkan kesan kemelesetan ekonomi dunia kerana pertumbuhan ekonomi negara yang mampan

Perkatan : mantan
Maksud : seorang yang dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu , tetapi sekarang tidak lagi , bekas
Ayat contoh : Tun Mahathir ialah mantan perdana menteri negara kita.

Perkataan : mempan
Maksud : dapat dilukai oleh senjata atau lut atau boleh terbakar oleh api.
Ayat contoh : tubuh Pak Ali tidak mempan walaupun ditembak berkali-kali oleh penjenayah tersebut.

Perkatan : mapan
Maksud 1 : tidakberubah-ubah dan sudah diterima umum, mantap
Ayat contoh 1 : Bahasa Melayu yang telah mapan mampu menjadi satu daripada bahasa utama di dunia.

Maksud 2 : sudah kukuh , stabil atau teguh kedudukannya atau sudah dikenali ramai
Ayat contoh 2 : Abdulla termasuk antara penulis yang sudah mapan di negara kita.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Indahnya Bahasa ( 28/2 )

1.kau digunakan hanya di awal kata
   ayat contoh: - buku itu kaubaca
                      - engkau telah membaca buku itu.

2. ku pula boleh digunakan di awal dan akhir kata
   ayat contoh :
     - segala masalah akan kuselesaikan
     - terimalah pemberian daripada ayahku ini.
     - aku akan melawat ke Jepun

3. mu digunakan di akhir kata sahaja
   ayat contoh :
     - saya akan meminta sahabatmu supaya menunggu saya di sini
     - terimalah doa daripada hamba-Mu yang kerdil ini.

4. -nya digunakan pada akhir kata sahaja
   ayat contoh :
     - dia memberitahunya tentang perkara itu
     - kita hendaklah berdoa kepada-Nya untuk memohon perlindungan
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Kenali Bahasa ( 28/2 )

Kata Majmuk

1.jangka tumpat : hidrometer,alat untuk menyukat ketumpatan sesuatu cecair
   ayat contoh: Encik Muhammad Shafik menggunakan jangka tumpat untuk menyukat ketumpatan raksa di kilang jangka suhu itu.

2.jangka tekanan gas: manometer,alat untuk menyukat tekanan gas dan wap
   ayat contoh: Norshamsul Azlan dikatakan sebagai seorang pegawai paling pantas menggunakan jangka tekanan gas di jabatannya.

3.jangka tekanan:barometer,alat untuk menyukat tekanan udara
   ayat contoh: Cikgu Salina mengarahkan para pelajarnya untuk menandakan jawapan yang betul bagi gambar rajah jangka tekanan atau dipanggil juga sebagai barometer.

4.jangka suhu: termometer, alat untuk menyukat tinggi rendah suhu pada sesuatu ketika.
   ayat contoh: Dr. Nur Hayani memasukkan jangka suhu di bawah lidah untuk menyukat suhu badan Muhammad Faris yang dikatakan telah diserang demam panas sejak kelmarin.

5.jangka sudut : protaktor, alat untuk melukis sudut
   ayat contoh: Adik Nur Dini menggunakan jangka sudut untuk melukis sudut 95 darjah sebagaimana diarahkan oleh Cikgu Nur Danun Ain bagi kerja rumah matematiknya.

6.jangka lembap: higrometer , alat untuk menyukat banyak atau sedikit wap air dalam udara
   ayat contoh: Cik Farah Ilyani mengarahkan seorang pegawai khas menyukat tahap kelembapan bilik khas itu menggunakan jangka lembap agar eksperimen yang dilakukan terhadap kuih-kuih tradisionalnya mendapat keputusan yang tepat.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Tuesday, February 21, 2012

KAMUS ( 21 / 2 )

KAMUS

PERKATAAN : Sidang
Makna 1 : persidangan atau perjumpaan untuk membincangkan sesuatu , mesyuarat
Ayat Contoh : Dewan Rakyat telah menanggung sidangnya sehingga hari esok

Makna 2 : seluruh yang ada ( dalam sesuatu majlis ) atau para
Ayat Contoh : Penceramah itu mengucapkan terima kasih kepada sidang pendengar kerana sudi mengikuti ceramahnya hingga akhir.

Makna 3 : ketua kampung
Ayat Contoh : Beliau telah memegang jawatan sebagai sidang di kampung ini sejak 20 tahun yang lalu.

Frasa : sidang kemuncak
Maksud : Sidang yang diadakan pada peringkat tertinggi yang dihadiri oleh ketua - ketua negara
Ayat Contoh : Sidang kemuncak negara - negara ASEAN akan diadakan di Kuala Lumpur pada Disember ini

Frasa : sidang jemaah
Maksud : sekalian yang berjemaah
Ayat Contoh : Imam pada hari itu mengingatkan sidang jemaah supaya tidak berkata - kata ketika beliau sedang membaca khutbah

Frasa : Sidang pleno
Maksud : sidang lengkap daripada seluruh ahli
Ayat Contoh : Sidang pleno itu telah mengambil ketetapan supaya penggunaan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik hendaklah dikembalikan

Frasa : sidang akhbar
Maksud : penerangan atau penjelasan yang diberikan oleh seseorang kepada pemberita akhbar
Ayat Contoh : Beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan pendirian beliau tentang isu tersebut
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

KENALI BAHASA ( 21 / 2 )

KENALI BAHASA

KATA PINJAMAN BAHASA INDONESIA ( JAWA KUNO )


  1 ) PINGKAL
maksud : terpingkal - pingkal , tertawa , terkekeh - kekeh
ayat contoh : Sarjan Jamaliah terpingkal - pingkal menekan perut apabila pencuri yang dkejar tiba - tiba menyanyi lagu Isabella kerana nama manjanya juga Isabella

  2 ) JUNGAT
maksud : menjungat , terjongket pada bahagian hadapan atau belakang
ayat contoh : Adik Nur Aniza galak bertepuk tangan apabila Pak Jalil berjaya membuat motosikal scrambler yang ditunggangnya menjungat ke depan

  3 ) JURIK
maksud : hantu
ayat contoh : Seisi Balai Polis Sg. Besar tidak menyangka yang Inspektor Salasiah @ Sally sebenarnya lebih takut akan jurik daripada penyamun

  4 ) JOBLOS
maksud : jeblos , kejoblos , terperosok
ayat contoh : Semasa menuju ke bazar Ramadan Taman Equine , kaki Cikgu Aishah telah terjoblos ke dalam longkang

  5 ) JURIT
maksud : perang
ayat contoh : Para pelajar SMK Seri Indah memang telah maklum yang Cikgu Juriza sebenarnya suka mengumpul artikel berkaitan jurit semenjak dia menjadi penyelaras pusat sumber.

  6 ) JENGGUT
maksud : janggut
ayat contoh : Jenggut Shahrul Iqlab yang panjang lebih sejengkal telah hangus apabila dicucuh api cucunya , Naqiuddin
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

SURAT KHABAR ( MINDA )

ISU BAHASA SEMASA

- 'HIDUP' DAN 'KEHIDUPAN'

 ~ HIDUP
Maksud 1 : bernyawa dan bernafas,tumbuh dan berfungsi
Ayat Contoh : > Kedua-dua ibu bapanya masih hidup
> Pokok padinya hidup subur

Maksud 2 : tinggal di sesuatu tempat atau kediaman
Ayat Contoh : > hidup di kota besar tidak selamanya lebih mudah daripada hidup di kampung.

Maksud 3 : berada dalam keadaan tertentu
Ayat Contoh : > orang yang tidak berilmu , hidupnya seumpama berjalan pada waktu malam yang gelap - gelita

Maksud 4 : bergerak dan berjalan
Ayat Contoh : > enjin keretanya masih hidup> syarikat kerjasama itu masih hidup
> api itu masih hidup

Maksud 5 : mendapat rezeki dengan cara tertentu
Ayat Contoh : > kebanyakan orang Melayu hidup dengan bersawah padi

~ HIDUP - HIDUP
Maksud : benar - benar hidup
Ayat Contoh : > kalau tidak pernah melihat penyu hidup - hidup , barangkali kita pernah melihat gambarnya
                       
~MENGHIDUPKAN
Maksud : membuat sesuatu supaya hidup
Ayat Contoh : > dia menghidupkan enjin keretanya
> apabila berasa sejuk , dia pun menghidupkan api untuk memanaskan badan

~KEHIDUPAN
Maksud : keadaan atau hal hidup
Ayat Contoh : > kehidupan keluarganya sangatlah susah kerana ayahnya tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yang masih kecil
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Sunday, February 19, 2012

ExAm?????

assalamualaikum korang sume!exam?yess!da nak dkat exam laa..xthu ke?alaaaahaiii~meh nak gtaw nii..bdk2 PANGLIMA exam x lme lgy..rsenye 5/3 kott..y tuu..form 1,2,3 laa..form 4,5,6 awl ckit..29/2..klau dngr pktaan EXAM..x sah kan klau x dngr pktaan STUDY?hahaa..da klau x study..nak score cane exam nnt kan3?hmm..korangg..USAHA TANGGA KEJAYAAN okeyhh?soo..jom KITA same2 USAHA!
tu je laa post ntuk ary niii..








_syasya97vanila_

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

Karangan C : Kenali, bentuk anak serba cemerlang

Sejauh manakah ibu bapa mengenali anak-anak? Apakah memadai sekadar tahu apa kesukaannya, makanan kegemarannya, hobi, jadual atau rutin hariannya dan sikapnya? Andai itulah yang diketahui, hakikatnya, ilmu keibubapaan anda masih cetek.


          Terlalu banyak aspek yang perlu diketahui dan dihayati bagi memastikan anda bergelar ibu bapa terbilang. Namun, perkara asas yang harus diketahui adalah cara mngendalikan anak.


          Malah, jika kerenah anak-anak tidak diraikan secara positif ada kemungkinan gelagat dan watak yang terbentuk berada dalam acuan negatif.Sekali asas negatif itu terbentuk, amat payah untuk meleraikannya semula.


          Justeru, usaha mengenali dan membentuk diri anak haruslah bermula seawal mungkin. Berikut tahap mengenali anak serta menyerlahkan sikap ibu bapa idola yang harus dititikberatkan setiap pasangan suami isteri :




  • Dalam kandungan
Ketika dalam kandungan, bapa perlu pastikan isterinya mendapat makanan dari sumber halal. Sensitif juga kerenah isteri kerana binaan rasa percaya yang tinggi amat memberi makna yang cukup unik bagi yang hamil dan bayi dikandung.




  • Menjelang mumayyiz
Ibu adalah guru pertama si kecil. Bersama ibu anak merasa selamat, belajar meniarap, bertatih, bercakap, mengenal, dan membeza sesuatu dengan pedoman ibunya.




  • Pada tahap akil baligh
Ibu bapa perlu dekati anak, fahami kerenahnya mereka. Harus diingati setiap anak berbeza, justeru, pendekatan mengenali mereka juga tidak sama.






  • Komunikasi
Ibu bapa boleh menjadi pendengar yang baik dan sentiasa merangsang supaya anak-anak berjaya dan cemerlang dalam diri dan cita-cita hari depannya. Dekati mereka dengan komunikasi berkesan.




  • Kasih sayang dan belas kasihan
Ibu bapa harus menjadi sumber rujukan anak-anak. Sejak lahir, merangkak, bertatih hinggalah berjalan ibu bapalah sumber kekuatan anak-anak. Ibu bapa yang memiliki rasa kasih sayang yang tinggi akan sentiasa menganggap bahawa anak-anak ibarat mutiara yang amat bernilai. Ia digilap dengan kasih sayang, pekerti dan perangai sehingga terbina jati diri yang membanggakan keluarga. Anak-anak menjadi orang yang patuh dan taat malah kalau bertanya dan meminta sesuatu pun dengan adab yag baik. Ibu bapa juga harus ada rasa belas kasihan terhadap anak-anak. Bayangkan kalau anak-anak itu terbiar, masa berkualiti tidak diberikan kepadanya, contoh teladan tidak ada di rumah, pengaruh sekitar akan lebih membentuk watak dan kerenah anak-anak.




  • Jadi sumber contoh dan teladan kepada anak-anak
Pepatah menyebut Bapa borek anak rintik,Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Contoh teladan ini sangat penting dalam proses pembentukan watak anak-anak kerana anak-anak tidak tiba-tiba membesar tanpa titik mula. Mereka juga tidak mungkin lahir cemerlang tanpa rangsangan dan dukungan orang tuanya.




  • Mendekati anak bermasalah
Sejak dari awal lagi proses mngenal pasti kerenah anak-anak perlu dilakukan oleh ibu bapa.Ia perlu dipantau sedari awal lagi. Apabila wujud keganjilan kepada tingkah laku anak-anak, segera kenal pasti punca bagi mencari jalan mengatasi. Menangani anak bermasalah tidaklah mudah. Temui kaunselor dapatkan khidmat nasihat sekiranya anda tidak berupaya menyelesaikan masalah anak itu.




  • Mendekati yang berpotensi
Setiap ibu bapa harus yakin bahawa setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai potensi. Ibu bapa harus kreatif mengenal pasti potensi ini. Sediakan suasana kondusif supaya potensi itu berkembang. Minat dan bakat ini yang tidak menyebelahi syarak patut disuburkan.Anak-anak akan menjadi orang yang paling berbahagia dalam hidup ini sekiranya kedua ibu bapa meraikan bakat dan minat mereka supaya anak-anak bakal dewasa dengan bakat yang Allah SWT anugerahkan.


*p/s : klau ade ejaan2 yg slah, ckp tau...@ pon korang btol kn sndri...
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

homework BM~!!

Hye korang!homework BM byk taw..so..pndai2 la wat yee~


KENALI BAHASA


Bahasa Sukuan
1.Jaat(Sunda):Sejenis kacang panjang.
->Nor Afiqah sungguh gembira kerana jaat yang ditanam dan dijual oleh abangnya di pasar tani Serdang begitu laris.
2.Cecak(Minangkabau):mencecak,mencubit,mencuri,mencopet.
->"Orang yang mencecak dompet Puan Faiznura telah dapat ditangkap sebentar tadi",kata Inspektor Norain kepada suami Puan Faiznura yang datang ke balai.
3.Jabal(Jawa kuno):menjabal,merebut milik orang,menyaman.
->"Pada zaman dahulu,orang yang menjabal biasanya dikatakan menggunakan ilmu pukau",kata Cikgu Nurul Ain memulakan ceritanya.
4.Laju(Pahang):Berselera makan,lalu.
->"Wah,laju nampak makan berlauk ikan patin masak asam pedas?"usik Puan Khairunnisa kepada anaknya yang baru pulang dari luar negara.
5.Lakah(Terengganu):Terbuka,terdedah.
->"Oleh sebab pintu rumah ini lakah sahaja semasa dia pergi ke kedai,tidak hairanlah kalau barang-barang berharga saya hilang semuanya",luah Nur Yusrah kepada sahabatnya,Siti Hasmah yang tidak puas hati dengan kelalaian orang gajinya.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA MAKNA


Perkataan    : terhampar


Maksud 1    ; terbentang, terbuka luas
Ayat contoh ; Tanah seberang itu pasirnya terlalu putih seperti kain terhampar.

Maksud 2    ; bertaburan atau bertebaran atau merata
Ayat contoh ; Darah pun banyak terhampar di bumi.

Perkataan    : terlantar
Maksud 1    ; terletak di
Ayat contoh ; Berbulan-bulan lamanya dia terlantar di hospital.

Maksud 2    ; dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara,terabai,terbiar
Ayat contoh ; Anak yang dikasihinya itu begitu terlantar dan terbiar di tengah-tengah masyarakat.

Perkataan    : terdampar
Maksud       ; tercampak atau terkandas ke pantai setelah hanyut dibawa air, terhempas dan terkandas.
Ayat contoh ; Naratologi dimulakan dengan berita pertemuan mayat lelaki raksasa yang terdampar di pantai.

Perkataan    : terhantar
Maksud 1    ; terlantar di tanah atau tergeletak
Ayat contoh ; Badannya terhantar di Langkawi, ditanamkan orang di sana.

Maksud 2    ; tidak terpelihara,tidak terbela,terbiar,atau terlantar
Ayat contoh ; Rumah pemeliharaan orang yang terhantar.

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

homework homework homework..

hye korang y sudi snggah kat blog 2 bestary..cuti,cuti jgak kan?tpi budak2 klas 2 bestari dah dbkalkan homework kan??msti ade dah y terrrhilangKAN soalan y ckgu Arbaayah bgi kan..?ni ade soalan2 krngan tu..jngan lupe bwat ok!


KARANGAN B..


1-Huraikan pendapat anda tentang usaha mewujudkan kawasan perumahan yang aman dan tenteram..
                #menjalankan rondaan..
                #bergotong-royong..
                #semangat kejiranan..
                #bekerjasama dengan polis..


2-Huraikan pendapat anda tentang ciri2 murid cemerlang..
                #akademik..
                #kepimpinan
                #kecergasan
                #berdisiplin..


3-Huraikan pendapat anda tentang kepentingan permainan tradisional dipelihara dalam kalangan remaja.
                #menambah kenalan baharu dan hubungan rapat sesama rakan..
                #menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti luar..
                #memajukan industri pelancongan
                #khazanah warisan bangsa..


KARANGAN C..


1-Hujan lebat yang turun selama beberapa hari menyebabkan kawasan perumahan di tempat tinggal anda telah dilanda banjir...Orang ramai diarahkan berpindah ke pusat pemindahan banjir..


Perihalkan suasana di pusat pemindahan itu..


2-Anda diminta menulis sebuah rencana untuk majalah sekolah..tajuk rencana itu ialah "kemerosotan akhlak para pelajar disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri"..


Tulis rencana itu selengkapnya..


3-        Jalan-jalan di pasir salak,
                 Singgah membeli di pekan Dua,
           Remaja yang mulia akhlak,
                  Hormati mereka berusia tua.


Berdasarkan pantun di atas,berikan pendapat anda tentang cara2 mendidik remaja menghormati orang tua..


4-Sahabat pena anda akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini..Dia meminta nasihat anda mengenai teknik belajar yang berkesan..


Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda itu berhubung dengan perkara tersebut..


5-        Dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung..


Berdasarkan peribahasa di atas,bincangkan bagaimanakah kesetiaan kepada bangsa dan negara dapat dipupuk?


6-Anda telah menyertai pasukan unit berunifom sekolah berkhemah di hutan lipur.


Ceritakan suasana dan pengalaman yang anda peroleh..


7-Majlis rumah terbuka sentiasa diadakan setiap kali perayaan kaum di Malaysia..


Nyatakan beberapa kepentingan mengadakan rumah terbuka itu..


8-Kedatangan pendatang asing ke negara ini banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat..


Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas..


9-Rakan karib anda telah menulis surat kepada anda untuk meminta pandangan anda tentang sikap remaja di negara ini yang tidak gemar membaca..


Balas surat rakan anda itu..


10-Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga..


Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut..


11-Anda mempunyai kenalan di luar negara...Anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada kenalan anda menceritakan perayaan-perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia..


Tulis surat tersebut selengkapnya..


12-Masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sering diperkatakan umum pada masa ini..


Bincangkan peranan ibu bapa untuk mengatasi masalah ini..


13-Dewasa ini,pencemaran alam sekitar di negara kita amat membimbangkan..


huraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut..


14-Sekolah anda telah mengadakan kejohanan sukan tahunan..
Gambarkan suasana sepanjang kejohanan tersebut..


15-Peribahasa "belakang parang diasah lagikan tajam" membawa maksud walau betapa bodoh seseorang itu itu klau diajar berulang kali akan menjadi pandai juga..


Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ini..






->krngan A tu..post laen kali la..sbb ptikan pnjang sngat..
->karangan B tu wat sume..*3 je*..
->krngan C tu..plih 5 drpada 15 je..klau korang nak wat y krngan C tu..korang cmpur2 la jnis krngan tu..
->jngan lupe wat erk..taon dpan da nak PMR..so knelah usaha lbih kan?






-by syazana_vaniLLa-
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!