Sunday, March 25, 2012

KAMUS 21 Mac 2012

Perkataan : berdarmawisata
Maksud : 1. melawat sambil belajar beramai-ramai
2. berkelah, bertemasya
Ayat contoh : Saya akan membawa murid-murid untuk berdarmawisata ke Pantai Tanjung Bidara pada hari Ahad ini.

Perkataan : fatamorgana
Maksud : sesuatu yang bersifat khayalan
Ayat contoh : Cita-cita anda bagaikan fatamorgana jika anda tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapainya.

Perkataan : terkesima
Maksud : tercengang, termangu-mangu, hilang akal
Ayat contoh : Penonton - penonton pada malam itu terkesima apabila menyaksikan persembahan Kumpulan Search yang sangat hebat.

Perkataan : fenomena

Maksud : sesuatu kenyataan atau kejadian dan sebagainya yang dapat dikesan oleh pancaindera dan dapat pula dijelaskan secara ilmiah
Ayat contoh : Globalisasi ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat.

thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

No comments:

Post a Comment