Monday, March 12, 2012

Karangan C (28/2)

KARANGAN C (28/2)
TAJUK : IBU BAPA, GURU PERLU SEIRING TINGKAT PRESTASI ANAK

     Guru dan ibu bapa adalah aset penting bagi menjayakan misi sesebuah sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diwujudkan agar kedua-dua pihak dapat berganding bahu untuk meningkatkan kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah.
     Dewasa ini, kita sering dikhabarkan dengan budaya segelintir ibu bapa yang suka menunjukkan keegoan mereka dengan menyerang guru di sekolah dengan sewenang-wenangnya.
     Di manakah silapnya? Adakah guru diletakkan tanggungjawab sepenuhhnya untuk mendidik anak mereka sedangkan ibu bapa juga perlu memikul tugas dann amanah untuk memastikan anak mereka berjaya menjadi insan sempurna dari segi sahsiah dan akademik mereka.
     Tidak dinafikan ada ramai ibu bapaa begitu prihatin dan sudi menghulurkan bantuan kepada guru dengan bergiat secara aktif dalam penyertaan mereka di sekolah melalui program yang diadakan demi memastikan anak mereka dapat belajar dalam keadaan kondusif.
     Apa yang mengecewakan apabila ada sesetengah ibu bapa suka menghentam pihak sekolah apabila berlaku sedikit salah faham membabitkan anak mereka.
     Apakah adil guru yang memberikan ilmu kepada anak mereka yang diserang  sebegitu rupa dengan kata-kata biadab dan tidak berbudi bahasa? Di manakah budi bahasa yang pernah mereka praktikkan selama ini?
     Apakah kerana amarah mereka menyebabkan mereka lupa untuk duduk dan berbincang dengan cara baik untuk mencari jalan penyelesaian? Dengan angkuh dan sombong ibu bapa terbabit menggunakan pengaruh mereka untuk menyaman guru dan mengugut untuk mengambil tindakan lebih lanjut sedangkan guru berkenaan sekadar mahu membantu anaknya agar tidak terrus hilang minat untuk belajar.
      Paling menyedihkan ibu bapa sedemikian terdiri daripada golongan profesional yang satu ketika dulu mereka juga diajar oleh insan yang bergelar guru. Apakah selepas mempunyai kerjaya begitu hebat maka ibu bapa terbabit boleh melemparkan kata-kata kesat kepada insan yang memberikan ilmu kepada anak mereka?
     Sedarlah bahawa tanpa guru anda tidak mungkin menjadi seorang insan yang berjaya. Sewajarnya ibu bapa dan guru lebih bekerjasama dalam erti kata lain, lebih erat dan membantu pihak sekolah untuk sama-sama meningkatkan prestasi anak mereka.
     Bukan hanya tahu mencari kesalahan dan menuding jari terhadap guru dan pihak sekolah atas kesalah yang tidak sebesar mana.Kami guru mempunyai visi dan misi yang jelas untuk melahirkan anak pelapis negara dan sudah pastinya tanggungjawab itu akan digalas selagi hayat dikandung badan.
     Bukan hanya sekadar omongan kosong malah guru memikul amannah berat untuk mendidik anak bangsa. Maka sudah semestinya untuk melahirkan generasi yang berjaya, peranan ibu bapa dan guru perlu  diperkukuhkan agar seiring dan tidak diganggu gugat oleh hal remeh-temeh yang mengganggu kelancaran sekolah.
     Jika ibu bapa lebih bersikap terbuka maka sudah pastinya individu yang akan lahir daripada didikan guru yang sempurna akan menjadi modal insan berguna untuk agama, bangsa dan negara.
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

No comments:

Post a Comment