Tuesday, February 21, 2012

KAMUS ( 21 / 2 )

KAMUS

PERKATAAN : Sidang
Makna 1 : persidangan atau perjumpaan untuk membincangkan sesuatu , mesyuarat
Ayat Contoh : Dewan Rakyat telah menanggung sidangnya sehingga hari esok

Makna 2 : seluruh yang ada ( dalam sesuatu majlis ) atau para
Ayat Contoh : Penceramah itu mengucapkan terima kasih kepada sidang pendengar kerana sudi mengikuti ceramahnya hingga akhir.

Makna 3 : ketua kampung
Ayat Contoh : Beliau telah memegang jawatan sebagai sidang di kampung ini sejak 20 tahun yang lalu.

Frasa : sidang kemuncak
Maksud : Sidang yang diadakan pada peringkat tertinggi yang dihadiri oleh ketua - ketua negara
Ayat Contoh : Sidang kemuncak negara - negara ASEAN akan diadakan di Kuala Lumpur pada Disember ini

Frasa : sidang jemaah
Maksud : sekalian yang berjemaah
Ayat Contoh : Imam pada hari itu mengingatkan sidang jemaah supaya tidak berkata - kata ketika beliau sedang membaca khutbah

Frasa : Sidang pleno
Maksud : sidang lengkap daripada seluruh ahli
Ayat Contoh : Sidang pleno itu telah mengambil ketetapan supaya penggunaan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik hendaklah dikembalikan

Frasa : sidang akhbar
Maksud : penerangan atau penjelasan yang diberikan oleh seseorang kepada pemberita akhbar
Ayat Contoh : Beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan pendirian beliau tentang isu tersebut
thanxx coz sudi luangkan masa bace post ni!

No comments:

Post a Comment